nuffnang

Wednesday, November 21, 2012

Frasa Baru



Assalamualaikum dan selamat hari Rabu.





Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah
 – Ali imran : 159







Doakan saya ya. InsyaAllah saya doakan anda juga :')




Tuesday, November 6, 2012

Tahukah anda?



Assalamualaikum dan selamat hari Selasa!

Tahukah anda yang saya dah nak habis exam? 
Tahukah anda bagaimana perasaan saya sekarang?
Tahukah anda apakah rancangan cuti sekolah saya?
Tahukah anda saya sudah lama tak makan puding buih?
Tahukah anda saya dah xde roomate semester depan? 
Tahukah anda yang saya sudah lama tak bawak kereta?
Tahukah anda bahawa paper exam pada esok hari agak payah?
Tahukah anda apakah yang saya lakukan pada pagi tadi?
Tahukah anda saya buat satu lagi entri merapu?



Her her her.


Wednesday, October 31, 2012

Perihal Perut


Assalamualaikum dan selamat hari Rabu!


Okay, pagi tadi baru habis paper EDU: Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang soalan macam nak jadi photographer padahal belajar kat maktab nak jadi cikgu dan super payah soalan subjektif dia dengan perut yang lapar mujur dapat isi semua jawapan hoi ! Fuhhhh! 
*tahniah anda berjaya membaca dengan 1 nafas*


Tahukah anda bahawa apabila kita menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan yang lapar boleh menyebabkan kita tidak dapat memberikan fokus tahap maksimum? Ya, inilah yang terjadi kepada iolls pagi tadi. Padan muka sape suruh tak bekpes?


Jawab soalan objektif okay lagi tapi sampai soalan subjektif pehh pehh pehh tetibe teringat kekasih lama beb! Lama tak lama jugak la..tapi agak lama la..tapi lama jugak la mengelamun cari idea nak goreng jawapan wahahah ape den merepek ni.


*Arghhhh time rajin nak update blog ni perut buat hal pulak. Kejap eaaaa....


Okay, i'm back ! (Puiiihh,..back pon nak bagitau ker? )

Haa..kat mana kita tadi? Oh, pasal tetibe teringat kekasih lama tu kan? Ya, tidak syak lagi beliau sangat hensem. Sapa tengok pasti tergoda beb! Iolls selalu balik rumah tiap-tiap minggu sekarang and bajet nak jumpa dia la. Tapi sokmo dok jumpe pong. *Sokmo is SELALU ye kawang-kawang pantai baratku. Frust gila dah berminggu-minggu tak jumpa wehh. Serius rindu weh. Rindu pun tak serius macam gini. -,-

Nak tengok rupa dia macam mana? Jap ye iolls cari dalam file laptop ni haa..






Baiklah uolls boleh scroll sekarang....















Yes..yes..yes.. teruskan men-scroll...









MEMPERSEMBAHKAN KEKASIH LAMA YANG JARANG KETEMU...




MR. ZINGER DOUBLE DOWN! (*Gambar paling lazat yang berjaya ditemui)

Tell me bebeyh,..sape yang dah pernah rasa?? Tell me! Tell me! Sedap tak??? I mengidam ni... T__T



Yeayyyy! siap satu entri mengarut! Ramai-ramai jerit yeayyyyy!

Esok paper PSV3107. Doakan ye! :)

K.Bye

Monday, October 15, 2012

Minggu Belajar




Assalamualaikum dan selamat hari Isnin!

Waaaa.. lama betul x update kat blog ni haaa.. semester 4 sangat menguji kekuatan fizikal dan mental. Sangat-sangat sibuk. Semester depan nak praktikum dah. Wuuuuuuu nebes den T___T




Wednesday, August 1, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


ASSALAMUALAIKUM















Nota Jari: Semester ni berpuasa di maktab dan berbuka sorang2 tanpa ditemani oleh roomate Syuhada :'). Semoga amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima olah Allah swt. dan terus istiqamah pada bulan2 yang akan datang. Amin




Monday, July 9, 2012

Makhluk Comel

Assalamualaikum



Godek2 folder gambor dalam laptop jumpa gambor masa praktikal seminggu kat Sekolah Kebangsaan Bukit Losong.



Nama: Syed (cikgu xingat nama penuh.haha!)
Umur: 9 tahun
Keturunan: Pok sheikh (Arab)
Rumah sukan: Kuning
Status: Yang pasti belum berkahwin
Keistimewaan: Pandai buat muka comel tapi pemalu
Peratus kecomelan: __ % (sila isi tempat kosong)
Ciri-ciri fizikal: Mempunyai pipi yang gebu, kurus dan selalu berkopiah (aww~)
Cita-cita: Juruterbang
Hobi: Bergusti bersama abang
Makanan kegemaran: Kepsi. -__-"



Haaa..kan dah cakap syed terer buat muka comel *__*

Gigi yang comel.haha

Alooo malu pulak.hikss!

Nota Jari: Hensem budak ni bila besor nanti. Tengok kening lawo doh. kbai :)



Tuesday, June 19, 2012

Semester 4 La Pulak


Assalamualaikum dan selamat hari Selasa. 

Entri ni takde motif sebenarnya. Saje gewdixx update.

Semester ini belajar subjek Teknologi Dalam Pengajaran & Pembelajaran. 
Pensyarahnya tampak ok.
Tapi..........macam dok okay je.
Bosan. 
Ntah la.

Tapi takpe.
Saya bagi peluang kat pensyarah tu buktikan kehandalan beliau.
Arghhhhhh! ayat pebende ni???! haishhh



Minggu depan ade perkhemahan pulak. 
4 hari 3 malam. Jadah ape berkhemah lama2???? 
Aduhainyer punnn.
Tapi nasib baik ada aktiviti "water confident".
I like!
:)

Semester ni kena struggle nih.
Simpan duit baik-baik.
Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.




Gambar terbaik Semester 3

Semester lepas teruk oii. Assignment banyak. Hostel takde letrik SEBULAN.  #Kenangan

Kbai :)


Friday, May 25, 2012

Cuti-Cuti Mesia :)

Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat penghulu segala hari.


AWAS. INI ADALAH ENTRI PENDEK
(Post terakhir di Semester 3. wehoooo ~)

Memangdangkan exam final untuk semester 3 sudah habis. Budak2-budak maktab atau sekarang dikenali sebagai IPG (Institut Pendidikan Guru) di seluruh mesia akan bercuti selama 3 minggu. Pehhh! Over kan kami. Dak sekolah cuti 2 minggu je. Bakal-bakal guru pulak yang lebih-lebih.haha.

Tempat duduk di belakang adalah paling ohsemmmmm!!!


Baiklah. Banyak plan cuti 3 minggu ni sebenarnya.
Tapi xleh bagitau dalam blog ni lagi takut tak jadi pulak. :)

Tengah tunggu dedi datang ambik. Rasa macam nak update blog. Aiseymennn rindu kat bilik no29 la pulak pasni. *lambai-lambai tangan*

Go Biru! Penuh khazanah kat board.. -__-"




Ohhh lupa! hari ni birthday Fathia anak sedaraku yang tercomelsss. Happy Birthday yang ke-1 tia demokkk... !

Eeeee! geram!

Yeay! Tia dah reti jalan..hebat betul coach dia. Abi tia duk bersantai dalam kete pulok :P




Nota Jari: Kepada semua KDRI-an, tunggu kemunculan Athirah yang baru yer. InsyaAllah korang akan ikut macam tirah pasni.hehe Juga kepada classmate PSV Semester 3, jaga diri, jaga akhlak. Doakan kita dapat result yang terbaik! Jumpa di semester 4 nokssss! haha  Yeay! siap 1 entri >_<

Wednesday, May 9, 2012

Pengalaman Berasaskan Sekolah aka PBS

Okey2. Ni entri kedua dalam masa sehari (*jarang2 je wat cenggini)

Cerita ni dah basi sebenarnya. Tapi biarlah nak post dalam blog jugokkk. Nanti nak suruh anak murid bace.kah3

Bulan 3 yang lepas saye n the geng (Atien, Syuhada, Suraya) ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Jauh betul perjalanan semata-mata nak jumpe dak2 sekolah kat selangor tu. The reason sebab nak buat PBS kat selangor adalah kerana dah puas duk Ganu.haha. Eh, idok ler.. sebenarnya saje je nak jalan-jalan kat negeri orang pulok. 

Kami duk sini seminggu je. Lebih kurang macam cikgu praktikal la. Pastu balik ke tempat asal. Ganu kite.

Oke. Takpayah cakap banyak.
Jom layan gambaqqqqq....

Uihh, anak murid same tinggi dengan cikgu dah.

5 AlFarabi. Ketua Kelas dia hansome.haha! (*kiri,pakai spek mate)

Dataran Perhimpuanan.
 Hari 1st kena marah dengan cikgu 'Kepoh' sebab sampai lewat. grr. jalan jem kot cikgu weh!
Perhimpunan kat sekolah ni tiap2 hari. Same macam kat maktab je -.-

Sempoi giler dak ni buat keje sekolah. Siap silang kaki. Style wohh!
Budak kat sekolah nih ada 3000 orang. Pehh!

Air ho ho ho holicks kat kantin best!

Bakal guru cemerlang.keh3 :P



Nak dijadikan cerita, dengan takdir dan perancangan Allah SWT hari kedua kat SKS7 purse saye hilang. Hilang kat dalam bilik guru. Mase tu i was like Ya Allah...kenape mesti hilang kat sekolah nih? cane nak balik ganu? ic?lesen? time tu rase down gila T_T. Cari satu sekolah xjumpe. Sedih. Duit dalam purse tu ada seratus lebih. Baru bajet nak g shopping kat KL. -.-

Haiyaaa...sape la yang curi purse cikgu nihhh?????!!


Call bsn tulun blockkan kad atm. Duit dalam bsn banyak kot.
TQ BSN :)


Lepas waktu sekolah cepat2 pegi balai polis buat report. Pertama kali pegi balai polis nih. Biasa lalu je. Nebess.haha


muka polis pompuan tu macam 'cikgu kepoh' haha!

Ingatkan kat balai xpayah ambik nombor. Kena tunggu jugok. K

Guru Besar: Alahai,..kesiannyer awak nih..dahla purse hilang. Ni cano nak balik ganu nih? ade duit x? (*PAP! pukul tangan)
Cikgu Athirah: Errr,..eh tak payah la sampai pukul saye cikgu, over la cikgu nih (*cover) muehehehehe :3






Sekian sahaja laporan pada hari ini. Babai. Cikgu nak pegi relif kelas pulak nihh.
(*mate sepet+eyebag effect nangis purse hilang)


Nota Jari: Pengajaran daripada peristiwa: Bawalah purse anda walau dimana anda berada.hoho. ic baru x g ambik lagi.


Anak Mami Athirah: Ciko



Assalamualaikum dan selamat hairi Rabu uollss!



MEMPERSEMBAHKAN...



Haiwan peliharaan maya saya yang pertama dan julung-julung kalinya direvealkan untuk tontonan umum. Cewahhh ~








CIKO. Si kura-kura yang awesome*




Eh? apesal senget ke kiri nih. Erkk..Bior lerrr -.-

Oh lupa. senang je nak main dengan Coki nih. Gerakkan anak panah anda pada Coki dan kepala beliau akan bergerak-gerak. Beliau juga boleh terjun dan naik semula ke darat ikut suka hati kita. Comel kan?muehehehe



Nota Jari: Sebenarnya minggu ini adalah minggu ulangkaji aka "study week". Dan saya belum ulangkaji pape pun. K. Bai :)

Saturday, April 14, 2012

Nikmat Allah

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu





Hilal Asyraf(Official):


Bila kamu bertahan melalui ujian yang Allah SWT aturkan,

kamu akan lihat betapa bahagiaNya kamu,

selepas melalui ujian.





Nota Jari: Ketiadaaan eletrik selama sebulan di kolej kediaman + assignment. 
               Semoga saya dapat bertahan dan tabah berada di IPG tercinta nanti. 
               K bye. Nak balik maktab dah.













Wednesday, April 4, 2012

Hari Rabu Tanpa Kata


Assalamualaikum dan selamat hari Rabu



Nota Jari: Anoyying kan? Okay. Sila muntah sekarang.ngahaha!




Monday, April 2, 2012

Perasaan Itu :)


Assalamualaikum dan selamat hari Isnin.


[Enrti.ringkas.sebab.keje.banyak.giler.]


Hari ni kelas semua takde. So kite enjoy!!! yeyeahh.
Eh? takyah nak enjoy sangat la kann..Assignment belambak lagi tu. Folio PSV lagi.grrr!
Apela nasib keje banyak. Tapi takpe. Be positif always okeh!


Berakit-rakit kehulu
berenang-renang ketepian
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

 I love you more every day ! 



Nota Jari: Doakan saya sentiasa ceria dan tabah ye. Cewahhh!





Monday, March 5, 2012

Waktu Dulu: Biar Gambar Bercerita

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa



AWAS. INI ADALAH ENTRI PANJANG & BANYAK GAMBAR.




Zaman semua kurus-kurus.ngahahah!


Okay. 
Tadi masa blogwalking tetibe je ter-klik "New Post".
Tet! Padahal memang saja nak buat entri pun.
Rasa macam nak cerita pasal kenangan dulu-dulu.
Tapi kannnn...semester nih
assignment/kerja khusus/amali
banyak gila.
Tapi kami siswa guru tetap tabah.
Sebab dah biasa bergelumang dengan tekanan.
Tiap-tiap sem stress. 
Stress dengan takde air,
Stress dengan harga makanan mahal,
Stress dengan keje yang tak habis-habis.
Kalau stress tu memang tiap-tiap sem lah. Eh?haha.


Tapi kalau takde elemen stress tu hidup kita takde lah warna-warninya. Ye dak? :)






Tn Haji Idris Salleh.
Tuan tutor dari PPISMP SEM 1 - PISMP SEM 2 ( 2 tahun setengah )




Sekarang dah dua tahun setengah belajar dekat sini.
Tutor pun dah bertukar.
Puan Rosmani sangat sporting & happening!
Untung sungguh kami bakal cikgu PSV.
TERIMA KASIH PUAN.
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail memang awesome!
Walaupun selalu kutuk IPG sendiri.hehe
Bersama-sama berkongsi pengalaman manis, masam, pahit,kelat,
 masin, wangi, busuk, best, tak best, sedih, seronok.
Banyak kenangan. Sungguh.

Puan Rosmani Ali.
Puan tutor sekarang.
p/s: Sorry puan. Ni je gambar paling comel yang ada dalam laptop saya.hehehehe :P



Ada orang cakap usia pengenalan dua tahun tu dah cukup
nak kenal kawan-kawan kita, tapi saya tak. 
Dua tahun masih belum cukup.
Mesti nanti masing-masing rindu.

Rindu apa???

Rindu nak gaduh.
Rindu nak menganjing.
Rindu nak gelak kuat dalam kelas.
Rindu menyakat kawan.
Rindu nak sentap-kan kawan.
Rindu nak raba (haha).
Rindu nak gurau dengan lecture.
Rindu buat BIG.
Rindu sambut birthday sama-sama.
Rindu pegi pasar malam berjemaah.
Rindu buka puasa sama-sama.
Rindu buat pameran.
Rindu gotong royong kemas kelas.
Rindu jadi AJK dalam kelas.
Rindu main badminton malam-malam.
Rindu buat assignment last minute.
Ah, banyak lagi lah... rindu-rinduannya.haha sila muntah.



Penambahan Ahli dalam keluarga PSV.
Umzarul Fatihah Umar ( tudung merah )

Penambahan Seorang lagi keluarga dalam PSV.
Nur Izyani Yamin (tengah).

Agak-agak kak yani sambung blajar lagi tak? -__-


Oh, belum sedia.


Cuti2 Malaysia! Yeahhhh!




PPISMP PSV Semester 1



>_<



 SEKIAN. TAKDE GAMBAR DAH. 

*******************************


Eh? apesal rasa sedihsayu je nih? 
Adakah sebab duk menaip campur dengar lagu Leona Lewis-Yesterday?
:'(



Nota Jari: Tadi dapat berita ada super senior baru meninggal. Dulu pernah sekali chatting dengan arwah. Mari sedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh.  Al-Fatihah.




Saturday, March 3, 2012

Glup... !


Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu 

Apekah reaksi awok-awok semua apabila seorang cikgu sekolah rendah anda bertanyakan soalan yang pelik-aneh-kelakar
Teacher saya ni sebenarnya mengajar saya kat sekolah dulu. Hari tu masa PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) seminggu kat Sekolah Paloh jumpa lagi teacher Azma nih. Seronok.

By the way,baru tadi dapat mesej nih kat facebook. Terkezut mak nyahhhhh~haha 

Let's cekedottt! Hewhewhew
























Tak payah refresh. Memang saje tak letak gambar pun.kih3



















Err..er..skroll lagi yeaaa..hehe















TADAAAAAAA~










Tetttttttttttttttttttttttttttt!haha Speechless kot. Ade jugok eh style tanya gini? Pestime buleh soalan gini sebab tu upload kat blog.ngahaha!

***********************************************************


@Ishh.cane la teacher Azma nih boleh tanya saya soalan macam nih.Adoi

@ Huh? dia nak cari guru yang sopan? Sopan ke saya nih?Adeh  -___-"

@1986? kalau dicampurtoakdarabtolaklagibahagiduaribuduabelas......wow~ muda lagi tu 25 tahun..sebaya dengan my abang Baam.hehe #gatai

@Dia tu keje ape? macam mana rupa dia? orang mana? garang tak?comel?ada muka kebapaan tak? blablablablabla...banyaksungguhsoalan!


Ingin tahu kisah selanjutnya? tungguuuuuu ....~ *tarik nafas panjangpanjang*





Tuesday, February 14, 2012

CIKGU

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa



Nota Jari: Minggu yang semakin sibuk..arghhh +___+



Monday, February 13, 2012

Ya Allah, Bila dia bukan untuk ku, Bila dia bukan jodohku, Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya. Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ya Allah, Bila ini bukan masanya, Bila ini belum saatnya, Jarakkan kami. Pisahkan kami. Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang murkaMU..

It's Okay Tirah

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin



SUBHANALLAH

Ada masa, bila kita sedang mengusahakan sesuatu, dengan kesungguhan, kita usaha tanpa henti, bila kita sedar yang apa yang kita usahakan itu sudah dihadapan, entah kenapa kita gembira.

Amat.

Padahal kita belum lagi dapat apa yang kita nak. Tapi kegembiraannya seolah - olah macam kita dah pasti yang kita akan dapat. Dah dalam tangan! Sebab kita usaha!

Insyaallah. Dan kalau kita tak dapat pun, sekurang - kurangnya kita gembira atas usaha sendiri. -via Z.A




Nota Jari: Kalau susah hati, jangan tunjuk pada orang sekeliling kita. Mengadulah kepada-Nya.
Senyum dan tidak perlu kata apa-apa :)



Sunday, February 12, 2012

Bar-Be-Que Gembira

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad

Wahh. ni 1st time update blog tengah malam. Biasa waktu petang je. Okaylah, tak nak taip banyak-banyak awok-awok layan jelah gambar nih..BBQ wehh! hahaha