nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Bye Bye Hye Hye



Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu

* Ini adalah entry ringkas.



BYE BYE.








HYE HYE !





Thursday, December 29, 2011

Pink !


Assalamualaikum dan selamat hari Khomis. 


Pink by ~lessio on deviantART


Adakah awok-awok semua tau apakah maksud 'pink'? Orang kampung saya memanggil pink sebagai merah jambu, kadangkala memanggilnya warna samar.

Ia warna larangan? Tidak. Sebaliknya, ia melambangkan keyakinan dan keberanian kerana anda memakai ton warna yang sering dilabel feminin.

Merah jambu…ada berani? Warna merah jambu atau pink sering membuatkan kebanyakan lelaki berkerut dan menggeleng. Ini kerana kaum lelaki menganggap warna ini sangat ‘tidak masuk’ dengan mereka.Warna ini dianggap menyerlahkan ciri feminin yang sangat kuat. Lantas mengenakan warna ini bagi lelaki seolah-olah menghilangkan ‘kemachoan’ mereka haha.
Hey, not bad lah. Kacak jer.hehe
Ololo..comel jer klon matluthfi ni.
Ops! Maaf encik Yusoff saya mencilok gambar kamu. :)


Sebenarnya, tidak dapat dipastikan sejak bilakah perkaitan warna dengan sesuatu jantina mula dilakukan.
Warna merah jambu sering dilabel sebagai warna wanita dan warna biru, sebaliknya adalah untuk lelaki. Jika anda berfikir kedua-dua warna ini sememangnya secara tradisi dilabelkan sedemikian, ia sebenarnya tidak tepat. Kann? Kalau beli baju baby perkara macam ni selalu terjadi. 


BAYI PEREMPUAN = PINK
BAYI LELAKI = BIRU

Jadi, pakailah warna apa pun asalkan kita yakin. Wahai lelaki-lelaki kacak sekelian, marilah beramai-ramai berpakaian PINK!wahaha. Terutamanya lelaki yang selalu menggelarkan dirinya kacak ini. Peace.

Bunga-bungaan yang warna pink pun comel jugak kan? Adakah saya sudah mula meminati warna pink? Ohhmaiiii...haha

pink stars in the darkness / marina lippert

Big Rose © Joann Edmonds-Rodgers
shakimbrya
Flower Art - Art Flowers Photos - Flower Photography1024x768��21�i�ୱ
5-1_large
Ohhh cantique nyewwww !



Nota Jari: Subhanallah.. Allah yang Maha Mencipta. Ape-ape pun, saya masih suka warna Ungu.
                Warna kegemaran awok-awok semua ape???

Sumber: Wiki

Wednesday, December 28, 2011

All Or Nothing




Assalamualaikum dan selamat hari Rabu





What!!! ari ni hari Rabu??? waaaa tak lama lagi nak balik maktab dah...huuuu. Kena bangun pagi-pagi, pegi perhimpunan..eh?pegi ke?hehe






*Entry ni takde motif sebenarnya. Saja gatal-gatal jari menaip (kopi pes) & share lirik lagu.



All Or Nothing - Jay Sean.

                              SayingImages.com-Best Images With Words From Tumblr - Part 39



There wasn't anything I didn't love about u,
You'd do some stupid things and I'd laugh at those too,
And we went together like the summer in June
But who'd have known that it'd rain so soon

Thought I'd be the only one that'd make u smile,
Thought I'd be the only one that'd really know how
But u showed me different and I know better now,
I gotta get u out my system somehow



I replay it over and over again
U were my girl, now we 'ain't even friends,
U could've been my all or nothing, all or nothing,
Now to me your nothing, girl u r nothing, now your nothing

Put u on a pedestal, girl I held u so high
Was never too good at finding the words to describe,
Just how I felt for u but u know that I tried,
But somehow we went and changed inside

U damn near were my everything your still on my mind,
But I'd rather be here all alone and I'm doin just fine
Gotta take it back to the days before we met
And live our lives as strangers again



December days, my summer turned to winter
When u went away - I can't help but wonder
Was he worth my pain - U shud know better - and I shouldve too
And I cried, and u cried and we tried to make it work,
Almost died while we tried, is that what our love was worth,
If I cud do it again, I would be a better man,
Now I'm living with just memories



Full of Love by ~hexdeflective on deviantART
Gambor ni kalau buat mural kat dinding sekolah memang meremang
 la bulu roma  Guru Besaq. Comel sesangat!
                            


Nota Jari: Awok-awok semua jangan ingat saya bercinteee pulok yer. Haha

Monday, December 26, 2011

Mari Menutup Aurat




Assalamualaikum dan selamat hari Isnin



Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah BUNGKUS apa?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mana ko tau?
Ahmad: Aku nampak nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.
Aisyah: Ha? Macam mana ko tau ni?
Ahmad: Tengok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bukan aku yg pandai, ko yg tak pandai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku TUTUP ape dengan tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lagi.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA? -__-''
Aisyah: Ish. Lagi la salahhh.
Ahmad: Abis tu ape? Mana la aku nak tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cuba teka banyak ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mana aku nk tau. Malas la jwb.





Maka pilihlah TUTUP... :-)





WIR = Wear It Right  ^_^







Bagi pembaca yang belum tahu ciri-ciri pakaian yang menutup aurat meh sini saya bagitahu. Tapi rasanya 
semua dah belajar masa sekolah dulu. Tapi, takpe lah nak ingatkan balik.


Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakaian wanita ia sebagaimana berikut;

1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menonjolkan perbezaan diri dengan orang lain)
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Adapun fesyen pakaian, tidak ada fesyen tertentu yang ditetapkan Islam bagi pakaian. Ia terserah kepada manusia untuk menentukannya mengikut pengalaman dan kebiasaan masing-masing kerana hal ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang diberi kebebasan kepada manusia untuk menentukannya. Syarak hanya menetapkan pakaian hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak ketat/sendat dan sebagainya tadi. Adapun bentuk, fesyen dan cara pemakaiannya, maka terserah kepada kebiasaan atau kehendak manusia selagi tidak bercanggah dengan ciri-ciri pakaian yang ditetapkan tadi. Oleh itu, adalah harus wanita Islam memakai baju kurung, jubah, baju Punjabi atau jenis-jenis lainnya selagi ia memenuhi ciri-ciri di atas.





Irma Hasmie. Lembut+manis+sopan je tengok sejak dia pakai tudung.
                                                           


Nota Jari: Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar. Peringatan untuk diri sendiri juga. 




Friday, December 23, 2011

Selamat Hari Lahir Sahabat



Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat.


Awas! Ini adalah entri khas.


Alhamdulillah syukur kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi ciptaan Allah ini.
Untuk pengetahuan semua ini adalah entri suka-suka sahaja khas untuk BFF a.k.a sahabat saya a.k.a Anakpakcikwahab yang sudah genap berusia 20 tahunnya hari ni.


Love this picture!

                   

HAHAHA! Khas untuk b'day girl je gambar ni..limited edisen..Orang lain takdak tau >_<
                                     
Hai! saya chef Haslinda! Jemput makannnn.. :)


: ' )



                                                                   ****************

Eh? apesal serius sangat ayat ni? Bertata bahasa segala..haha. Takpe la. Sekali sekala formal sikit ye dak..

Saya dengar cerita b'day girl nak cari sponsor untuk kek b'day kan? Haaaa..ni ha kek saya nak sponsor. Fuhh..letih buat kek ni tau hehe. Menjadi jugak akhirnya! Yes!


Nyummmmm~sedapnyer! (kantoi kek SR)


Selamat hari lahir, moga dengan bertambah usia (hakikatnya berkurang usia), akan bertambah juga ilmu dan amal, iman dan taqwa, serta akhlak yang mulia. Semoga hidup terus berbakti dan diberkati Allah. Moga berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Allah.
Setiap manusia diberi pelbagai dugaan dan rintangan. Diharapkan awak berjaya menempuhi cabaran tersebut dengan bimbingan dari Iman yang kental. Insya Allah.
Sebenarnya ada banyak ucapan ni:
1. Belajar rajin-rajin. 
2. Semoga cepat kahwin. 
3. Cepat-cepat buat lesen kete yer. Nanti boleh tumpang pegi jejalan hehe.
4.Hehe 3 jela..tak ingat nak tulis mende dah..keh3 

Dan akhir sekali, tiada apa yang boleh saya hadiahkan sempena hari jadi awak melainkan doa dan kek secret recipe itu tadi. Nak bagi hadiah awak tak bagi alamat pulok.wek!


Some like Sunday Some like Monday, But i like Your Birthday. Happy Birthday my sweetheart !







Nota Jari:  Cepat belanja saye! saye buat entri khas nih..hehe gurau jer! :-P




Sunday, December 18, 2011

Cara Untuk Melepaskan Diri


Assalamualaikum dan selamat hari Ahad


Kita semua ada cara untuk melepaskan diri kan? Tak kisah la dalam apa juga keadaan sekalipun, lari dari cikgu disiplin ke, lari dari kena kejar dengan anjing ke( saya penah kena!haha) tak pun lari dalam guni.haha
Okay, saya nak kongsi satu kaedah atau teknik atau cara atau langkah atau strategi yang boleh kita amalkan kalau nak melarikan diri...SELAMAT BERAMAL..keh keh keh



Scroll ya...





V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


Comel kan orang kertas tu?hehe


Nota Jari: hari ni tak ada nota jari ..heheheh

Sumber: Memang stress

Saturday, December 17, 2011

Why I'm Okay Being Single





Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.

Haaa..tajuk kat atas tu saje je nak kasi panas sikit. Maklumlah lama tak update kannnzzz.. -__-

Sepanjang saya hidup selama hampir 20 tahun ni banyak pengalaman manis, pahit, kelat, masin dan tak kurang juga tawar dalam perhubungan berlainan jantina ni. wahaha ayat berbeli-belit betul..ah lantak la kome nak baca macam mana pun. Sejak dua menjak ni kan, saya selalu dapat mesej-mesej yang mengarut kat facebook & fon. Tu pasal kekadang malas nak online kat chatbox tu. "Dah ade pakwe ke belum?" haaa..soalan ni memang femes sejak zaman dahulu kala lagi uolls!! Ultraman pun payah nak jawab haha
Naik rimas dan ramas pon ade.opss! Malaih nak layan...
                                         

Memang la ada kelebihan dan kekurangan kalau kita memilih kehidupan untuk single. Tapi saya rasa macam banyak kelebihan jerrr..haha Sape setuju cepat korek hidung!hahaha
Okay..okay..bertenang semua saya cuma nak berkongsi jer dan terpulangla pada diri awok-awok semua nak pilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Single or berpasangan(saya lebih suka guna perkataan 'berpasangan daripada couple) By the way, couple tak elok okayy..harommm :)

Antara kelebihan utama kalau kita single adalah..jeng..jeng..jeng..

Saje tempek gambar duit besar-besar supaya elaun cepat masuk.wehee






@KEWANGAN
Dari segi kewangan, dah tentu kehidupan single lagi menjimatkan. Sebabnya kita hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri kita saja.Kan?kan?kan? Kalau nak pilih untuk berpasangan jugak, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan. ( Nanti kalau gegel anda mintak pegi makan kat hotel 5 bintang 10 tahun berturut-turut.Cane??? Nak topup kena 100hinggit seminggu lagi semata-mata nak mesej 24jam/bergayut(sembang kosong) sampai ke pagi pastu lambat pegi kelas...pehhh! Sengkek la korang..hahahah :P )


@KAWAN
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan yang lain akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya dengan berlainan jantina. Kalau hidup berpasangan pasti akan berbeza kerana pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas. ( Bf/gf anda akan jelous la senang cerita kan. Benda ni memang sangat obvious la kat budak-budak universiti. Nak pegi main bola tampar pun kena marah sebab ada budak lelaki/perempuan. Takut kena bf/gf kena ngorat leteww!haha. Hey, kalau macam tu baik pegi belajar kat bawah ketiak mak la. :P )



@BEBAS UNTUK MELAKUKAN APA YANG ANDA MAHU
Pasti dalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ini kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan. ( Salah satu contoh yang kita suka mesti shopping kan? You know what, shopping sorang-sorang adalah sangat-sangat best sebab tak ada orang nak halang kita nak beli apa pun! wahahahaha. Shopping dengan anak pakcik Wahab pun awesome! hihi :P )


@TIDAK BANYAK MASALAH
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merungsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single awesome ni, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda dan kedua ibubapa anda.hehe ( Dalam hidup ni kalau tak ada masalah tak berseri la hidup kita kan. Tapi kalau dah tiap-tiap hari menghadap masalah bf/gf je bosan jugak weh. Bosan, serius bosan.haha Benda ni adalah pemerhatian daripada kehidupan sekeliling saya jugak. Base on kawan-kawan yang dah TER-berpasangan. Tiap-tiap hari ada masalah, padahal benda tu kecik je, saje nak diperbesarkan. Merajuk sampai tak nak buat assignment, tak nak makan. Ceh, not my style okeh. Nak merajuk-merajuk pegi balik rumah la mengadu dekat pokok ke. Tak kuasa I ! Kemonn..kemonn :P )


@KURANG TANGGUNGJAWAB
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka. ( Lebih baik berbakti kepada kedua ibu bapa kita dulu kan. Dapat pahala berganda. Gembirakanlah hati ibu bapa kita, jangan bagi tekanan dan sentiasa mendoakan kesejahteraan rumahtangga dan kesihatan diorang. Cita-cita saya nak bawak parents pegi buat Haji. Ya Allah, semoga Engkau memberi kemudahan kepada mereka Insyaallah.)

Kulit den memang gelap sebab ikut warna kulit ayah den. Sama tak? :)




Nota Jari: Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaikan diri anda, anda yang tentukan. Soal siapa jodoh kita, Allah SWT telah tentukan sejak dari azali lagi. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Subhanallah. :)

sumber: http://pemaniskata.blogspot.com





Saturday, December 3, 2011

Yehaaaa!




Assalamualaikum dan selamat hari sabtu!

Welcome back my blog..muahhhh muahh muahh! Akhirnya kamu muncul jua setelah beberapa minggu diremove oleh blogspot. Kepada blogspot, TERIMA KASIH banyak-banyak berjuta-juta lemon sebab kembalikan blog buruk lagi huduh saya ni. ohoiii~






Nota jari: Semakin lama anda tinggal dirumah, semakin boolatt la anda..muahahaha! bulat giler muka pakai shawl :P