nuffnang

Tuesday, February 14, 2012

CIKGU

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa



Nota Jari: Minggu yang semakin sibuk..arghhh +___+



Monday, February 13, 2012

Ya Allah, Bila dia bukan untuk ku, Bila dia bukan jodohku, Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya. Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ya Allah, Bila ini bukan masanya, Bila ini belum saatnya, Jarakkan kami. Pisahkan kami. Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang murkaMU..

It's Okay Tirah

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin



SUBHANALLAH

Ada masa, bila kita sedang mengusahakan sesuatu, dengan kesungguhan, kita usaha tanpa henti, bila kita sedar yang apa yang kita usahakan itu sudah dihadapan, entah kenapa kita gembira.

Amat.

Padahal kita belum lagi dapat apa yang kita nak. Tapi kegembiraannya seolah - olah macam kita dah pasti yang kita akan dapat. Dah dalam tangan! Sebab kita usaha!

Insyaallah. Dan kalau kita tak dapat pun, sekurang - kurangnya kita gembira atas usaha sendiri. -via Z.A




Nota Jari: Kalau susah hati, jangan tunjuk pada orang sekeliling kita. Mengadulah kepada-Nya.
Senyum dan tidak perlu kata apa-apa :)



Sunday, February 12, 2012

Bar-Be-Que Gembira

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad

Wahh. ni 1st time update blog tengah malam. Biasa waktu petang je. Okaylah, tak nak taip banyak-banyak awok-awok layan jelah gambar nih..BBQ wehh! hahaha

















Thursday, February 9, 2012

Buah Delima Sangat Best Okeh !




Assalamualaikum dan selamat hari Khomis
 (*yeay~ hari ni balik rumah !)


Okay,behave yourself Tirah. Adoi. -__-"

Hari ni nak kongsi sedikit ilmu dengan awok-awok semua yang baca entri saya setiap hari tanpa rasa jemu (haha).



Haa..tudia gambau buah delima besau gedabak.


Antara khasiat yang terdapat pada buah delima ialah:


1. Delima membantu menstabilkan kadar kolesterol
Peningkatan kolesterol jahat boleh menyebabkan risiko kesihatan yang merugikan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolesterol baik dan menurunkan kolesterol jahat. Keuntungan ini memperbaiki kesihatan.


2. Delima Memiliki Kandungan Antioksidan yang Tinggi
Delima mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding wain merah dan teh hijau. Jika anda memerlukan sumber antioksidan dalam kehidupan sehari-hari, anda perlu pastikan itu adalah antioksidan terbaik. Delima merupakan sumber antioksidan terbaik.

3. Delima Melawan Penyakit Jantung
Delima membantu meningkatkan peredaran darah. Ini adalah cara terbaik untuk melindungi diri dari serangan penyakit jantung. Berdasarkan kajian terkini, kandungan antioksidan jus delima membantu mengurangkan pembentukan lemak di dinding arteri. Antioksidan membantu memperbaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoid'dan 'polyphenol', antioksidan yang dapat melawan penyakit jantung dan kanser.

4. Delima Untuk Stimulasi Disfungsi
Jus buah delima kaya antioksidan yang dapat meningkatkan aliran darah ke alat kelamin.




 

5. Delima Memperkuat Sistem Pertahanan Badan
Delima adalah pendekatan yang baik untuk melawan penyakit. Delima dapat meningkatkan pengedaran darah. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam buah delima akan membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan penyakit. Ini adalah langkah pertama untuk mengelakkan dari menjadi korban serangan jantung atau penyakit jantung.

6. Delima Mengurangkan Risiko Diabetes
Minum jus delima baik bagi pesakit diabetes dan menurunkan risiko masalah jantung. Satu penyelidikan baru mendapati bahawa pesakit diabetes yang minum jus buah delima selama 3 bulan dapat menurunkan kemungkinan aterosklerosis (atau pengerasan pembuluh darah).

7. Mencegah Kemasukan Virus HIV-1 dan Mikrobisida
Kajian menunjukkan jus delima menghalang kemasukaan virus HIV-1 ke dalam tubuh. Ia juga dapat menahan serangan virus dari jenis A hingga G dan kumpulan O.

8. Mencegah Kanser Kelenjar Prostat
Ini hanya boleh dicapai dengan minum jus buah delima atau mengambil suplemen delima. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa jus buah delima dapat mengurangkan pertumbuhan kanser prostat. Kebanyakan pesakit puas hati dengan keputusan yang diperolehi di mana penggunaan delima dapat mengubati kanser.

9. Menentang Kanser Payudara
Penyelidikan terbaru mendapati bahawa minyak dari biji buah delima dapat memusnahkan sel-sel kanser tanpa menjejaskan payudara dan mempertahankan sel yang ada. Kajian lain di Universiti Chicago mendapati jus delima yang diperam dan minyak biji delima dapat membantu mencegah kanser payudara. Sebuah kajian di Wisconsin mendapati bahawa sari buah delima akan membantu mencegah pertumbuhan sel kanser kulit.

10. Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus buah delima mengandungi 'phytochemical' mendorong penerima serotonin dan estrogen, dapat memperbaiki sistem tekanan dan tulang. Antioksidan pada buah delima juga mengurangkan akumulasi sel-sel darah kotor secara semulajadi dan mengurangkan tekanan darah, faktor untuk mencegah serangan jantung dan stroke.

11. Menguatkan Kesihatan Gigi
Delima diketahui mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi sihat boleh diperolehi selain dari menggunakan perkhidmatan seorang doktor pakar. Ini boleh menghalang daripada kehilangan gigi.

Tengok tv sambil makan ramai-ramai pun best.

12. Mencegah Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
Para penyelidik dari Vanderbilt University Medical Center mengakui bahawa mereka yang minum jus buah delima untuk tiga kali atau lebih setiap minggu dapat mengurangkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer daripada mereka yang minum kurang dari satu sajian seminggu.

13. Melindungi Otak Bayi
Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.

14. Delima Mengurangkan Batuk dan Asma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi dalam buah adalah agen anti-inflamasi yang hebat. Ini akan mengurangkan bunyi dehitan pada pesakit asma.


Delima juga dapat mengelak penyakit gaut dan penyakit awal pagi (alahan ibu mengandung) juga mempercantik dan merawat kulit.

'Potassium' dalam delima cukup tinggi, selain dari mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, natrium, vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C, reaksi dengan natrium, menetapkan keseimbangan air tubuh dan menjaga degupan jantung untuk tetap normal (bagi ibu dan fetusnya). Dengan menjaga keseimbangan potassium-sodium menyokong kepekaan saraf dan otot berfungsi dengan betul (kajian mendapati rahim menjadi lebih kuat sesuai dengan sensitiviti gerakan untuk menyokong bayi dikandung), mencegah edema, dan mengurangkan gula yang beredar dalam darah (ibu pertama kalinya hamil atau kehamilan lebih dari 3 kali). Delima meringankan keletihan otot dan membolehkan bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.



Sumber: Sini

Nota Jari: Ada 14 khasiat yang boleh kita dapat kalau selalu mangamalkan makan buah delima nih. Oh, patut la my ayah selalu beli buah delima kat pasar payang tu. Rupa-rupanya dia dah tahu dulu khasiatnya. Apesal la hang ni lambat sangat Tiroh :P





Wednesday, February 1, 2012

Entri Takde Motif



Assalamualaikum dan selamat hari Rabu



Nota jari: Minggu yang sangat sibuk. Hari keluarga! I'm coming! Yahuuuu~