nuffnang

Tuesday, October 18, 2011

Awak Jaga Tak Solat?

Assalamualaikum.

Kadang-kadang kalau duduk sorang2 dalam bilik ni memang banyak la benda2 duk pikiaq..lagi2 pasal diri sendiri yang banyak sangat kekurangan & kelemahan..hmm. Solat tak berapa nak jaga...selalu lewat bangun pagi. Sedar2 dah pukul 7.30 pagi. Subuh gajah. Rasa serba salah sangat-sangat kalau ter-miss solat Subuh. Sedih. Kecewa.Sekarang ni dah macam kerap sangat bangun lewat. Tak tahu kenapa. Umur dah 20 tahun tapi still tak boleh manage life kat kampus. Benci!


Sampai sekarang, solat masih belum sempurna. Dan sy rasa itulah punca, apa sahaja yang dibuat jadi tak sempurna, asyik separuh jalan tak menjadi. Sy cuba muhasabah diri, okay, pikir esok kalau mati macam mana? Kalau buat baik macam mana pun, kalau solat tak jaga, tak guna juga, sia-sia semuanya.


Banyak sangat benda yang melekakan kat dunia ni. Internet ni sendiri, berapa ramai yang melewatkan solat sibuk sibuk online? Kalau sehari tak update status facebook tak sah kan? Tu tak termasuk menghabiskan masa berjam-jam blogwalking. Bila pi shopping mall, gathering dengan kawan, pergi event itu ni, berapa ramai je yang singgah surau/masjid untuk tunaikan solat? Itu belum masuk lagi bab khusyuk dalam solat, mata liar tengok corak di sejadah, kalau solat berjemaah tu, tengok telekung orang yang kat depan cantik je kerawang dia, mulut terkumat-kamit membaca, anggota badan bergerak mengikut rukun, tapi, otak kemana tah, duk pikir segala macam benda. Haihh...



Terlalu ramai anak muda kita, termasuk sy ni yang tak berapa nak muda meringankan solat. Sedihkan. Walhal, solat tu ambil beberapa minit je. Itupun kalau boleh nak cepat-cepat, nak skip berdoa, nak skip berzikir. Haihh -__-"



Sampai bila nak jadi macamni? Selagi nyawa masih ada, selagi itulah peluang Allah berikan. Esok, lusa, sekejap lagi ke, kita tak taulah kalau masih ada kesempatan. Beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari. Hidup ni sementara je, akhirat tu forever and ever and ever. Tak dan akhirat, tapi dalam kubur tu pon dah tersedia balasan yang setimpal dengan amalan kita.





.... scary kan? Bagi yang lalai macam sy ni marilah kita sama-sama rajin beribadah, jaga solat segala. Bagi yang dah rajin tu, bagus Alhamdulillah, dan semoga melakukannya dengan Istiqamah. Biar konsisten, kita ni sekejap rajin, sekejap malas. Pon tidak bagus itu. Ya Allah.


So, kalau anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.







Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).



* Salah satu dari 7 jenis wajah mayat dalam kubur adalah:

Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

Nota jari: Huuu Ya Allah takutnya. Oleh itu, sebagai seorang pengguna internet dan blogger yang tegar, saya ingin menyeru pada semua dan pada diri sendiri supaya kita semua lebih tegar beribadah dan menunaikan solat juga sebelum masa dah time dan hanya tinggal comment di wall facebook kita yang mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah buat diri kita yang sudah tidak ada lagi di dunia.



Saturday, October 15, 2011

Cinemagraph

Assalamualaikum.

Cuti hujung minggu yang membosankan kerana ada tugasan yang perlu dilakukan digunakan oleh saya dengan meng-explore benda-benda baru yang tak pernah saya tengok sebelum ni (*wah banyak betol imbuhan dalam ayat..haha). Ok lah.. kebetulan, masa saya tengah meng-google tu tertekan la satu blog yang duk cerita pasal CINEMAGRAPH ni. 1st time tengok tu memang wow! ah~haha. Mybe benda ni dah lama tapi bagi saya benda ni memang baru dan sangat kreatif!


Untuk pengetahuan semua, Cinemagraph ni adalah gambar berbentuk animasi dalam format GIF. File GIF ini bukan GIF animasi biasa tetapi ia menggunakan gambar yang berkualiti tinggi untuk menghasilkannya. Gambar yang akan terhasil akan bergerak-gerak dan nampak macam 3D. Haaa...jom skroll kat bawah dan tengok gambar-gambar Cinemagraf ni..


Ni adalah di antara GIF yang telah di hasilkan oleh artis-artis seluruh dunia. Ohsem & kreatif gila!

Tekun betul pakcik ni baca buku.

Bling-bling gitu!

hoho kereta api tu nampak slow je tapi sebenarnya laju yer murid-murid.

Hujan rintik-rintik..air bergelora~

I LOVE THIS ONE!

Animated-Photos-37
Tepuk jangan tak tepuk..hehe

5752026208_b24c6920bb_o
Macam sedap je kan?!

Aww~ cantiknya awak!

Mentol ni kalau tak goyang memang tak sah la..

Let's dance together bebeyh! (*kat dapur pun jadi la)

Macam kain batik jer..hehe

Animated-Photos-28
Merahnya gincu!

cinematography-gifs-15
Hahahahaha ! yang ni lawak!

Macam bunga kat rumah kite.

Mari bermain api. Jyaaa~

Gelangku cantik! :D


Nota jari: Rasa macam la cuba buat la pulok gambar cinemagraph ni.

Miss Confuse

Assalamualaikum.


When I text you, that mean I miss you. When I don’t text, that just means I am waiting for you to miss me - A.




Nota jari: I don't need a perfect one, i just need someone who can make me feel that i am the only one.

Thursday, October 13, 2011

Menyesal Kahwin


Assalamualaikum....

Nak bagi warning awal-awal..ni entry copy and paste yer.. hehe

**********************************************************************************

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.


Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..

Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.

Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.

Arghh,nyesal giler kawin..



Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.



Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..

Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..


Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..

Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.

Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.

Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.


Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.


Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!


“Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

**********************************************************************************
Nota jari: awww sweetnyewwwww!