nuffnang

Tuesday, January 24, 2012

Awak & Saya


Assalamualaikum dan selamat hari Selasa.


Huarghh..lama gila tak update blog pepel polka dot saya nih. Blogwalking kat blog orang rajin sangat sampai blog sendiri bersawang dah. Adoi punnnn~ Oh, sebenarnya takda cerita yang menarik pun yang nak dikongsi, tapi rasa macam nak kongsi satu cerita la. Boleh? 

Nak tahu tak? Haaa...Jom skroll bawah! *nada teruja*




       **************************************************


Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya : 


Perempuan : Awak.. Kenapa awak tak penah ajak saya tengok wayang atau keluar jalan-jalan macam pasangan lain?

Lelaki : Saje..

Perempuan : Saje ke atau awak malu nak keluar dengan saya?

Lelaki : Mana ada..

Perempuan : Kenapa kita tak penah gayut malam-malam macm pasangan lain?

Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit.

Perempuan : Sampai hati awk kan? Kenape ye kawan saya panggil kekasihnya ''sayang'' tapi awak tak pernah pun panggil saya ''sayang''?

Lelaki : Geli la perkataan tu. Nak termuntah.

--->  -__-  Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat-ayat kekasihnya.. Beberapa minit kemudia dia menerima satu mesej...

Lelaki : Saya tak pernah ajak awak keluar tengok wayang dengan jalan-jalan sebab nanti bila kita dah kahwin, awak takkan rasa boring nak keluar dengan saya dan saya nak saat tu nanti menjadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya. Lagipun, bukan ke tak elok kalau keluar berdua-duaan? Macam-macam boleh terjadi kan? Saya tak nak gayut dengan awak malam-malam bukan sebab saya nak save kredit ke ape tapi saya tak nak diri saya hanyut dengar suara merdu awk. Biarlah saya mendengarnya pada malam pertama kita nanti supaya saya akan lebih menghargainya. Saya tak panggil awak sayang bukan sy geli nak panggil tapi biarlah saya panggil awak ''sayang'' bila kita jadi suami isteri nanti kerana awak takkan rasa bosan mendengarnya dan dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan. Saya sangat mencintai awk dan saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri..

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata " terima kasih bakal suamiku. Aku amat menyintaimu. Ya Allah, satukan lah kami dalam ikatan yang sah".. TAMAT



Waaaa~ so sweet! Manis! Manis! Manis! Manis!  Tahniah Ally & Farah :)

**************************************************


Nota Jari: Romantika betul "lelaki" yang dalam cerita tu,..hiksss



Friday, January 13, 2012

Eh, ingat senang ke nak kurus ha? !



Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat.



*Ini adalah entri pendek*



Untuk pengetahuan semua, saya sedang dalam proses menurunkan berat badan bersama-sama rakan saya yang lain. Doakan saya kurus ya! heheh. 

Puasa sunat Isnin & Khamis pun elok jugak buat kan? dapat pahala & dapat bersih perut kita jugak :)


MARI BERSENAM.



Ahaa..so true, right?

Nota Jari: Ni semua gara-gara cuti akhir semester lepas yang panjang dan saya pula hanya duduk di rumah menternak lemak haha. Ohh satu lagi, inspirasi daripada Aizat juga. 

Saturday, January 7, 2012

Hijau Itu Bagus


Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu

Where Magazine : Linzie Hunter, Illustration & Hand Lettering


Nota Kaki: Ini adalah entry kesedaran alam sekitar. Biar gambar sahaja yang berkata-kata. Sekian

Sunday, January 1, 2012

Pada Pagi Januari Itu



Assalamualaikum dan selamat hari Ahad dan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2012!


*Tajuk entry serupo tajuk novel doh*
_____________________________________________


Wah, hari ini sungguh nice sekali.. Bangun je pagi-pagi tengok takde orang dah kat dalam rumah. Mana semua orang pegi??? Aiyokkk... Baru teringat yang hari ni Hanani@Nani@Didi@D (adik perempuan bongsu) daftar masuk asrama. Ayah pegi kerja. Adik lelaki yang sorang lagi (Fahmi) mungkin ikut sekali kuttt..sebab saya jerit-jerit nama dia takde respon pun. Adehh. Kesian sungguh anak umi seorang ini kena tinggal sorang-sorang kat rumah.

Pintu rumah selambe je terbiar bukak. Barangkali menadah rahmat pagi 1 Januari kot.kot jelah. Hey! bahaya betul kalau pencuri masuk cane? Umi..umi..


Me, Hanani, Fahmi


**************************************

 
Tengok atas meja ada 3 bungus nasik lomak. Wow. Rugi tak makan ni. Buka-buka tengok pehhh!sikit bebenor nasiknyerr punnn!sambal secotet jek. Dasar kedekut punya penjual nasik lomak.

Jalan-jalan dalam rumah lagi tengok-tengok baju busuk banyak gila kat tepi mesin basuh (orang gaji jepun). Jalan-jalan lagi tengok pinggan, mangkuk, gelas, sudu, sudip, kuali, dan segala mak nenek barang dapur duduk dalam sinki dan masih BELUM DIBASUH. Ok fine. Maknanya sekarang ni takde orang lain dah kena basuh baju & pinggan mangkuk tu. Tak lain dan tak bukan ialah orang yang tengah menaip ni la. 

Takpe-takpe. Cool bebeyh. Bukan ape pun, buat keja rumah jer kan. Small matter uolls.

Pastukan, bukak-bukak facebok tengok ade orang share benda nih:


Rindukan seseorang??
Amalkan doa ini..(^_^)

[Doa Nabi Yusuf Kepada Zulaikha]

"Ya Allah,
sampaikan salam rinduku
kepada ...... (nama penuh insan tersebut ),
sehingga aku menjadi kerinduannya..
Amin."



Sebenarnya kan. Saya nak share doa ni jer. Tapi tertaip benda lain pulak.
Saya sekadar berkongsi sahaja. keh keh keh


Nota Jari: [Terkini: adik lelaki saya, Fahmi tu bukannya pegi ikut sekali Hanani daftar asrama, dia pegi                 daftarkan diri dia kat sekolah dia.hahaha ]