nuffnang

Wednesday, October 23, 2013

G = Gebu



Assalamualaikum dan selamat hari Rabu.



Setelah 7 bulan tak update blog hari ni tetibe ade mood. Em, macam biasa mood untuk update hanya akan ada bila tiba musim peperiksaan. Yaaa, peperiksaannnnnn. Ulangkaji malas, tapi update blog boleh pulak kan. 

Ehem, sebenarnya takda ape pun nak update sebab tak tahu nak share pasal ape. Tapi saya tahu ada orang selalu stalk blog ni.muahahaha Ya Allah ape atiroh mengarut ni bajet blogger hot ewwwww.

So, tahun depan dah nak final year dah. Dan paling perit adalah praktikum 3 BULAN. Saya, baby Pijah dan baby Suraya bakal berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2, Kuala Terengganu. InsyaAllah. Doakan semuanya baik-baik sahaja :)

Macam biasa kalau praktikum tak sah kalau tak jumpa budak montel, gebu, tembam nak cubit-cubit. Mengikut pengalaman setelah dua kali berpraktikum semua budak-budak sekolah rendah ni cumel cumel belaka. Tiap-tiap hari paling koman akan cubit pipi seorang budak. Budak montel adalah mangsa yang selalu dicubit di bahagian pipi. Cikgu tak jahat cuma cikgu geram je.vahvahvah

Contoh budak gebu+montel+cumel. SK Losong.

Byep!






Thursday, March 21, 2013

Yang Tersirat




Assalamualaikum dan selamat hari Khomis




Pada saya cinta seperti pokok. Akar tidak pernah tahu yang daun selalu memberi nafas padanya. Daun pula tidak pernah tahu yang akar setia memberi makan padanya. Masing-masing saling menghidupkan. 
Bersama meniti usia. 

-hazen




p/s: 2 minggu lagi nak praktikum. Woahhh! Eksited tapi berdebor. Doakan saya di SK Kuala Jengal, Hulu Dungun, Terengganu :)

Sunday, January 20, 2013

S Y U H A D A




Assalamualaikum dan selamat hari Ahad


IPG KDRI. Bilik nombor 29, blok Siti Khadijah.
Pertama kali saya jumpa awak.

Mula-mula ingatkan awak ni sombong. Rupa-rupanya pemalu.hikkss >__<
Sebab tu jarang sembang dalam bilik.
Tapi bising dalam twitter :P 





Tapi banyak benda jugak jadi kenangan...

Belajar buat brooch (kerongsang), origami bunga, sembang pasal resepi nak buat popia nestum, 
belajar buat feltcraft, belajar bahasa kelantan, makan teresek jantung pisang (1st time makan)
gossip blablabla..tak ingat banyak sangat haha. 
3 tahun jadi roomate :)


Kalau tak faham perkataan dalam bahasa inggeris tirah tanya syu.
Yelah, syu kan teacher. Teacher Syuhada.

Kalau lapar, tirah selalu mintak meggi dengan biskut dari syu. 
Sorry sebab habiskan bekalan makanan syu.

Orang lain selalu je gaduh dengan roomate diorang.
Kita tak pernah gaduh kan? hihi.

Hari ni syu balik kampung dah. Malam ni bilik mesti sunyi.
Nanti dekat UKM belajar rajin-rajin ya.
Ada jodoh kita jumpa.
Nanti nak kawin jangan lupa jemput. ahaks! 




Terima kasih sebab jadi roomate tirah.
Jangan lupa tirah :')