nuffnang

Saturday, December 17, 2011

Why I'm Okay Being Single





Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.

Haaa..tajuk kat atas tu saje je nak kasi panas sikit. Maklumlah lama tak update kannnzzz.. -__-

Sepanjang saya hidup selama hampir 20 tahun ni banyak pengalaman manis, pahit, kelat, masin dan tak kurang juga tawar dalam perhubungan berlainan jantina ni. wahaha ayat berbeli-belit betul..ah lantak la kome nak baca macam mana pun. Sejak dua menjak ni kan, saya selalu dapat mesej-mesej yang mengarut kat facebook & fon. Tu pasal kekadang malas nak online kat chatbox tu. "Dah ade pakwe ke belum?" haaa..soalan ni memang femes sejak zaman dahulu kala lagi uolls!! Ultraman pun payah nak jawab haha
Naik rimas dan ramas pon ade.opss! Malaih nak layan...
                                         

Memang la ada kelebihan dan kekurangan kalau kita memilih kehidupan untuk single. Tapi saya rasa macam banyak kelebihan jerrr..haha Sape setuju cepat korek hidung!hahaha
Okay..okay..bertenang semua saya cuma nak berkongsi jer dan terpulangla pada diri awok-awok semua nak pilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Single or berpasangan(saya lebih suka guna perkataan 'berpasangan daripada couple) By the way, couple tak elok okayy..harommm :)

Antara kelebihan utama kalau kita single adalah..jeng..jeng..jeng..

Saje tempek gambar duit besar-besar supaya elaun cepat masuk.wehee






@KEWANGAN
Dari segi kewangan, dah tentu kehidupan single lagi menjimatkan. Sebabnya kita hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri kita saja.Kan?kan?kan? Kalau nak pilih untuk berpasangan jugak, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan. ( Nanti kalau gegel anda mintak pegi makan kat hotel 5 bintang 10 tahun berturut-turut.Cane??? Nak topup kena 100hinggit seminggu lagi semata-mata nak mesej 24jam/bergayut(sembang kosong) sampai ke pagi pastu lambat pegi kelas...pehhh! Sengkek la korang..hahahah :P )


@KAWAN
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan yang lain akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya dengan berlainan jantina. Kalau hidup berpasangan pasti akan berbeza kerana pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas. ( Bf/gf anda akan jelous la senang cerita kan. Benda ni memang sangat obvious la kat budak-budak universiti. Nak pegi main bola tampar pun kena marah sebab ada budak lelaki/perempuan. Takut kena bf/gf kena ngorat leteww!haha. Hey, kalau macam tu baik pegi belajar kat bawah ketiak mak la. :P )



@BEBAS UNTUK MELAKUKAN APA YANG ANDA MAHU
Pasti dalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ini kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan. ( Salah satu contoh yang kita suka mesti shopping kan? You know what, shopping sorang-sorang adalah sangat-sangat best sebab tak ada orang nak halang kita nak beli apa pun! wahahahaha. Shopping dengan anak pakcik Wahab pun awesome! hihi :P )


@TIDAK BANYAK MASALAH
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merungsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single awesome ni, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda dan kedua ibubapa anda.hehe ( Dalam hidup ni kalau tak ada masalah tak berseri la hidup kita kan. Tapi kalau dah tiap-tiap hari menghadap masalah bf/gf je bosan jugak weh. Bosan, serius bosan.haha Benda ni adalah pemerhatian daripada kehidupan sekeliling saya jugak. Base on kawan-kawan yang dah TER-berpasangan. Tiap-tiap hari ada masalah, padahal benda tu kecik je, saje nak diperbesarkan. Merajuk sampai tak nak buat assignment, tak nak makan. Ceh, not my style okeh. Nak merajuk-merajuk pegi balik rumah la mengadu dekat pokok ke. Tak kuasa I ! Kemonn..kemonn :P )


@KURANG TANGGUNGJAWAB
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka. ( Lebih baik berbakti kepada kedua ibu bapa kita dulu kan. Dapat pahala berganda. Gembirakanlah hati ibu bapa kita, jangan bagi tekanan dan sentiasa mendoakan kesejahteraan rumahtangga dan kesihatan diorang. Cita-cita saya nak bawak parents pegi buat Haji. Ya Allah, semoga Engkau memberi kemudahan kepada mereka Insyaallah.)

Kulit den memang gelap sebab ikut warna kulit ayah den. Sama tak? :)




Nota Jari: Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaikan diri anda, anda yang tentukan. Soal siapa jodoh kita, Allah SWT telah tentukan sejak dari azali lagi. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Subhanallah. :)

sumber: http://pemaniskata.blogspot.com





5 comments:

yeb :D said...

nice. SUPER nice...
cant agree no more
hehehe
wallahhhh
ni hao ma

athirahmazlan said...

hao liawww~
hehehe

Addina Baharudin said...

wwwwwwwwwwwwoooooooooooww

athirahmazlan said...

weeeeeeeeeee~ hai kak dinaaaaa~ :)

Addina Baharudin said...

hai dik ku sayang intan payung manis masam... :P