nuffnang

Monday, December 26, 2011

Mari Menutup Aurat




Assalamualaikum dan selamat hari Isnin



Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku tengah BUNGKUS apa?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mana ko tau?
Ahmad: Aku nampak nasi terkeluar sikit tu. Lagipun aku tau ko memang jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit?
Ahmad: Alaaa lagi senang. Banyak la.
Aisyah: Ha? Macam mana ko tau ni?
Ahmad: Tengok bentuk & saiz laa. BUNGKUSan besar, banyak. BUNGKUSan kecik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bukan aku yg pandai, ko yg tak pandai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cuba teka aku TUTUP ape dengan tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lagi.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA? -__-''
Aisyah: Ish. Lagi la salahhh.
Ahmad: Abis tu ape? Mana la aku nak tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cuba teka banyak ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mana aku nk tau. Malas la jwb.





Maka pilihlah TUTUP... :-)





WIR = Wear It Right  ^_^







Bagi pembaca yang belum tahu ciri-ciri pakaian yang menutup aurat meh sini saya bagitahu. Tapi rasanya 
semua dah belajar masa sekolah dulu. Tapi, takpe lah nak ingatkan balik.


Ciri-ciri yang ditetapkan oleh Islam bagi pakaian wanita ia sebagaimana berikut;

1. Hendaklah menutup kawasan aurat. Aurat wanita ialah seluruh badannya kecuali muka dan tangan sahaja yang harus didedahkan mengikut jumhur ulamak).
2. Tidak jarang atau nipis yang menampakkan kulit badan
3. Tidak ketat atau sendat hingga menampakkan bentuk tubuh
4. Tidak menyerupai pakaian lelaki
5. Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq
6. Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan
7. Bukan pakaian syuhrah (iaitu pakaian yang dipakai untuk dikenali oleh orang lain, yakni untuk menonjolkan perbezaan diri dengan orang lain)
8. Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

Adapun fesyen pakaian, tidak ada fesyen tertentu yang ditetapkan Islam bagi pakaian. Ia terserah kepada manusia untuk menentukannya mengikut pengalaman dan kebiasaan masing-masing kerana hal ini termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang diberi kebebasan kepada manusia untuk menentukannya. Syarak hanya menetapkan pakaian hendaklah menutupi aurat, tidak jarang, tidak ketat/sendat dan sebagainya tadi. Adapun bentuk, fesyen dan cara pemakaiannya, maka terserah kepada kebiasaan atau kehendak manusia selagi tidak bercanggah dengan ciri-ciri pakaian yang ditetapkan tadi. Oleh itu, adalah harus wanita Islam memakai baju kurung, jubah, baju Punjabi atau jenis-jenis lainnya selagi ia memenuhi ciri-ciri di atas.





Irma Hasmie. Lembut+manis+sopan je tengok sejak dia pakai tudung.
                                                           


Nota Jari: Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar. Peringatan untuk diri sendiri juga. 




No comments: