nuffnang

Tuesday, October 18, 2011

Awak Jaga Tak Solat?

Assalamualaikum.

Kadang-kadang kalau duduk sorang2 dalam bilik ni memang banyak la benda2 duk pikiaq..lagi2 pasal diri sendiri yang banyak sangat kekurangan & kelemahan..hmm. Solat tak berapa nak jaga...selalu lewat bangun pagi. Sedar2 dah pukul 7.30 pagi. Subuh gajah. Rasa serba salah sangat-sangat kalau ter-miss solat Subuh. Sedih. Kecewa.Sekarang ni dah macam kerap sangat bangun lewat. Tak tahu kenapa. Umur dah 20 tahun tapi still tak boleh manage life kat kampus. Benci!


Sampai sekarang, solat masih belum sempurna. Dan sy rasa itulah punca, apa sahaja yang dibuat jadi tak sempurna, asyik separuh jalan tak menjadi. Sy cuba muhasabah diri, okay, pikir esok kalau mati macam mana? Kalau buat baik macam mana pun, kalau solat tak jaga, tak guna juga, sia-sia semuanya.


Banyak sangat benda yang melekakan kat dunia ni. Internet ni sendiri, berapa ramai yang melewatkan solat sibuk sibuk online? Kalau sehari tak update status facebook tak sah kan? Tu tak termasuk menghabiskan masa berjam-jam blogwalking. Bila pi shopping mall, gathering dengan kawan, pergi event itu ni, berapa ramai je yang singgah surau/masjid untuk tunaikan solat? Itu belum masuk lagi bab khusyuk dalam solat, mata liar tengok corak di sejadah, kalau solat berjemaah tu, tengok telekung orang yang kat depan cantik je kerawang dia, mulut terkumat-kamit membaca, anggota badan bergerak mengikut rukun, tapi, otak kemana tah, duk pikir segala macam benda. Haihh...



Terlalu ramai anak muda kita, termasuk sy ni yang tak berapa nak muda meringankan solat. Sedihkan. Walhal, solat tu ambil beberapa minit je. Itupun kalau boleh nak cepat-cepat, nak skip berdoa, nak skip berzikir. Haihh -__-"



Sampai bila nak jadi macamni? Selagi nyawa masih ada, selagi itulah peluang Allah berikan. Esok, lusa, sekejap lagi ke, kita tak taulah kalau masih ada kesempatan. Beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari. Hidup ni sementara je, akhirat tu forever and ever and ever. Tak dan akhirat, tapi dalam kubur tu pon dah tersedia balasan yang setimpal dengan amalan kita.





.... scary kan? Bagi yang lalai macam sy ni marilah kita sama-sama rajin beribadah, jaga solat segala. Bagi yang dah rajin tu, bagus Alhamdulillah, dan semoga melakukannya dengan Istiqamah. Biar konsisten, kita ni sekejap rajin, sekejap malas. Pon tidak bagus itu. Ya Allah.


So, kalau anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.







Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).



* Salah satu dari 7 jenis wajah mayat dalam kubur adalah:

Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

Nota jari: Huuu Ya Allah takutnya. Oleh itu, sebagai seorang pengguna internet dan blogger yang tegar, saya ingin menyeru pada semua dan pada diri sendiri supaya kita semua lebih tegar beribadah dan menunaikan solat juga sebelum masa dah time dan hanya tinggal comment di wall facebook kita yang mengucapkan takziah dan menyedekahkan Al-Fatihah buat diri kita yang sudah tidak ada lagi di dunia.



2 comments:

アヌム ちゃん said...

mmg byk benda yg melalaikan..jom sama2 berubah ke arah yg lebih baik.insy :)

athirahmazlan said...

yup2..InsyaAllah. Amin..arigato sis! :)